IKLAN

CATATAN POPULAR

Selasa, 8 Oktober 2019

PEMBUKAAN SEMULA CANOPY WALKWAY



MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA TITIAN KANOPI FASA 2

Salam sejahtera tuan/puan,

Seperti tuan/puan sedia maklum, Titian Kanopi Fasa 2 telah tutup sejak 8 Nov 2018 akibat kerosakan yang kritikal. Walau bagaimanapun, PERHILITAN telah berusaha untuk melaksanakan pembaikan yang bermula pada Mei 2019. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa projek pembaikan telah selesai dan ianya akan mula beroperasi seperti ketetapan berikut:

Tarikh:              12 Oktober 2019
Waktu operasi: 9.00am - 3.00pm
Tutup:                Setiap Jumaat (memberi laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan struktur)
Pihak PERHILITAN akan hentikan operasi jika berlaku cuaca buruk.

Untuk makluman tuan/puan jua, pihak PERHILITAN akan menutup laluan trail ke Bukit Teresek & jeti ke titian kanopi pada 7-11 Oktober 2019 bagi menjalankan kerja-kerja penebangan pokok-pokok yang reput di kawasan berhampiran titian kanopi bagi memastikan keselamatan para pelancong dan kakitangan yang bertugas. Pihak kami akan maklumkan jika kerja-kerja penebangan pokok tersebut selesai awal. Mohon jasa baik tuan/puan untuk maklumkan kepada para pelancong berkenaan penutupan sementara trail tersebut.

Sekali lagi, saya bagi pihak PERHILITAN ingin memohon maaf atas segala kesulitan selama ini akibat penutupan sementara operasi titian kanopi. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 09-2661122. Segala kerjasama , perhatian dan kesabaran tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Allan Rodrigo Balang
Penguasa TNP


Tiada ulasan: